Hospital Sungai Buloh dilengkapi pelbagai kemudahan khusus bagi merawat penyakit berjangkit. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor sedia lapan hospital saring Covid-19

SHAH ALAM, 14 MAC: Selangor menyediakan lapan hospital khusus untuk membuat pemeriksaan atau saringan ke atas individu yang disyaki dijangkiti Covid-19, kata Menteri Kesihatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, hospital tersebut ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh.

“Tiga lagi Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Banting,” kata beliau menerusi hantaran Twitternya hari ini.

Adham berkata, Hospital Sungai Buloh turut dijadikan hospital mengendalikan kes-kes individu yang disyaki dan sah dijangkiti wabak terbabit.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata maksud kontak rapat yang diumumkan sebelum ini ialah individu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit yang telah disahkan positif Covid-19.

“Walaupun anda pernah berhubung dengan pesakit itu, tidak semestinya anda kontak rapat.

“Kontak rapat menepati kriteria akan dihubungi pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya menerusi Twitternya.


Pengarang :