Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media mengenai Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 4 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Seorang lagi maut, kini tiga kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 20 MAC: Seorang lagi rakyat tempatan mati akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan tiga orang setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berumur 58 tahun yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tawau pada 9 Mac lalu meninggal dunia jam 6.27 petang.

“Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh,” katanya di Facebook.

Pada 17 Mac lalu, dua kematian dicatat iaitu seorang paderi berusia 60 tahun di Kuching yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Manakala seorang lagi membabitkan lelaki berusia 34 tahun yang hadir perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 di negara ini terus meningkatkan kepada 1,030 kes apabila 130 orang lagi dilaporkan positif hari ini.

Difahamkan, 26 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 48 kes dikesan dari kluster (ijtimak) tabligh bulan lalu manakala 87 lagi pulih dengan yang terbaharu 12 orang.


Pengarang :