Foto Sumber: Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor titah kakitangan istana tidak merayau elak Covid-19

SHAH ALAM, 28 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kakitangan istana khususnya di Kampung Seri Alam, Klang tidak merayau sebaliknya duduk di rumah bagi mengelakkan risiko dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja DYMM Sultan Selangor, Sawaluddin Md. Nor menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

“Anggota polis turut mengawal rapi kawasan perumahan berhampiran Istana Alam Shah,” kata Sawaluddin.

Pada 9 Mac lalu semua kakitangan di tiga istana Selangor menjalani pemeriksaan kesihatan wabak Covid-19 sebelum mereka semua disahkan negatif.


Pengarang :