Wakil McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan makanan kepada, Dato’ Seri Amirudin Shari bagi diagihkan kepada mereka yang terlibat dalam memerangi wabak Covid-19 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor pada 23 Mac 2020.
AGENSISELANGOR

Sumbangan McDonald’s, harap petugas senyum ketika sibuk

SHAH ALAM, 23 MAC: Prihatin dengan petugas barisan hadapan memerangi Covid-19 di negeri ini, McDonald’s Malaysia tampil menghulurkan makanan percuma kepada mereka.

Pegawai Operasi (Central West) McDonald’s Malaysia, Ahmad Shihafudin Mustapha berkata sumbangan ini mungkin membantu petugas yang tidak sempat keluar membeli makanan kerana sibuk dengan kerja.

“Hari ini McDonald’s Malaysia singgah di kediaman Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari selepas mendapat maklumat kepimpinan Kerajaan Negeri sedang mengadakan pertemuan untuk menangani wabak Covid-19.

“Selepas itu, kami meneruskan penghantaran makanan percuma kepada kakitangan di hospital awam di Shah Alam dan Sungai Buloh,” kata beliau kepada SelangorKini.

Katanya, McDonald’s turut menyampaikan sumbangan kepada polis dan tentera yang membuat sekatan jalan.

“Dengan setiap sumbangan makanan ini, McDonald’s berharap dapat membuatkan petugas sempat tersenyum walaupun sibuk dengan pelbagai arahan,” katanya.


Pengarang :