Selangorkini
EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berucap pada Seminar Integriti Tumbuk Rusuk, Duit Panadol Pengkisahan Dari Tirai Besi di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Tempoh PKP waktu terbaik berniaga dalam talian – EXCO

SHAH ALAM, 28 MAC: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) waktu terbaik bagi peniaga memulakan perniagaan atas talian, kata EXCO usahawan.

“Pada waktu beginilah anda boleh memanfaatkan perubahan era dan teknologi generasi kelima (5G), Revolusi Industri 4.0 dan masyarakat tanpa tunai.

“Belajarlah ilmu baharu untuk menambahkan pendapatan kerana saluran maya tidak memerlukan kos tambahan,  ia percuma,” kata Rodziah Ismail ketika dihubungi.

Rodziah yang juga memegang portfolio pembangunan luar bandar, desa dan kampung tradisi berkata pengusaha kraf tangan, cenderahati dan produk-produk buatan Malaysia dipercayai terkesan dengan penguatkuasaan PKP.

“Ini kerana penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada banyak sektor pelancongan.

“Kita menjangka ekonomi akan naik semula secara perlahan bermula suku ketiga tahun ini. Dengan keadaan inflasi dan kejatuhan mata wang ringgit ketika ini, mungkin kuasa membeli rakyat akan sedikit berkurangan,” katanya.


Pengarang :