Orang ramai menyaksikan siaran langsung perutusan khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai status terkini COVID-19 pada 16 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiada agensi dilantik jalan imunisasi Covid-19 di rumah – MKN

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan menasihatkan semua pihak berhati-hati dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 berlaku sekarang.

“Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi),” menurut kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia mengenakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara dalam usaha kerajaan mencegah penularan Covid-19.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

-BERNAMA


Pengarang :