Kakitangan perubatan meraikan hari gembira selepas semua pesakit Covid-19 dibenarkan keluar dari hospital sementara di Wuhan pada 9 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Tiga hari berturut-turut Wuhan bebas kes baharu Covid-19

WUHAN, 21 MAC: Tiada kes baharu dilaporkan di Wuhan untuk tiga hari berturut-turut, selepas bandar terletak di wilayah Hubei, China itu bertarung selama sebulan untuk memerangi wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Suruhanjaya kesihatan Wilayah Hubei mengatakan jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Wuhan dan Hubei kekal masing-masing pada 50,005 dan 67,800 pada Jumaat.

Hubei menyaksikan tujuh kematian baharu, enam daripadanya di Wuhan.

Wilayah itu menyaksikan 561 pesakit sembuh pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenar keluar hospital seramai 58,942 orang.

Antara 5,423 pesakit yang masih dirawat, 406 dalam keadaan kritikal.

– BERNAMA


Pengarang :