Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
BERITA UTAMA

Tiga lagi mati tapi 91 pesakit Covid-19 sembuh

SHAH ALAM, 30 MAC: Jumlah pesakit sembuh daripada Covid-19 terus meningkat kepada 91 menjadikan jumlah keseluruhan ialah 479, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah jumlah tertinggi setakat ini iaitu 18.2 peratus daripada jumlah kes.

Beliau berkata tiga lagi kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 5 petang ini.

Katanya jumlah terkumpul kematian adalah 37 kes manakala sebanyak 156 kes baharu dicatatkan, menjadikan bilangan keseluruhan kes 2,626.

“Ketika ini, 94 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 62 menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.


Pengarang :