Pameran berkenaan Covid-19 semasa Sesi Dialog Awam anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 13 Mac 2020. Foto: MDHS
PBTSELANGOR

Tingkat waspada, MDHS anjur dialog Covid-19

SHAH ALAM, 15 MAC: Kira-kira 150 peserta membabitkan agensi kerajaan, pengusaha inap dusun, hotel, hotel bajet dan kemudahan pelancongan terlibat dalam Sesi Dialog Awam berkenaan Covid-19 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

MDHS dalam kenyataan memaklumkan, sesi dialog diadakan pada 13 Mac bagi memastikan pengusaha mengambil langkah berjaga-jaga penularan wabak itu.

“Sebagai peniaga mereka perlu tahu kaedah tangani ketika berhadapan tetamu atau orang berisiko berkunjung ke premis bagi mengelak dijangkiti.

“Mereka didedahkan kaedah sebenar mengelak dan mengurangkan penularan Covid-19,” kata kenyataan itu.

Sesi dialog itu diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu dan turut diselitkan pameran kesihatan berkaitan penjagaan makanan bersih, denggi dan beberapa penyakit berjangkit.


Pengarang :