Orang awam memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan virus Covid-19 di George Town, Pulau Pinang pada 8 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Topeng penutup muka untuk individu bergejala Covid-19, kakitangan kesihatan

SHAH ALAM, 28 MAC: Ketua pengarah kesihatan menjelaskan bahawa pemakaian topeng penutup muka adalah untuk mereka yang mempunyai gejala atau simptom Covid-19 selain kakitangan kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kakitangan kesihatan menggunakan topeng penutup muka jenis N95 selain perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) apabila berada dalam wad atau makmal untuk mengelakkan jangkitan.

“Kalau di luar memadai bagi seseorang itu mengamalkan jarak sosial (bagi individu tidak mempunyai gejala Covid-19) tetapi kalau ramai hendak pakai juga tiada masalah.

“Nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak semestinya memakai topeng penutup muka dalam keadaan biasa,” katanya pada sidang media hariannya di KKM Putrajaya hari ini.


Pengarang :