AGENSISELANGOR

Tourism Selangor beri 20 cadangan elak bosan di rumah

SHAH ALAM, 27 MAC: Tourism Selangor berkongsi 20 aktiviti menarik boleh dilakukan ibu bapa dan anak-anak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan juga menyatakan orang ramai patut menghargai masa berkualiti bersama keluarga di rumah seterusnya menghindari rasa bosan dan ingin keluar rumah.

Berikut aktiviti dicadangkan:

1. Keluarkan permainan papan
2. Buat satu diari untuk mencatat aktiviti harian
3. Membuat kek atau biskut
4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal yang boleh dibawa ke tempat kerja selepas tempoh PKP
5. Adakan malam menonton filem di rumah dan setiap malam seorang daripada ahli keluarga perlu memilih satu filem untuk ditonton
6. Bersenam
7. Lakukan kiraan detik (countdown) bagi perkara yang produktif untuk hari-hari mendatang
8. Bantu anak-anak dengan kerja sekolah mereka
9. Berteka-teki atau bina sesuatu daripada bahan-bahan lego (alat permainan bongkah plastik kecil)
10. Buat senarai destinasi pelancongan di Selangor yang ingin lawati
11. Kemas rumah dan selongkar barangan tidak terpakai serta asingkan untuk diberikan kepada golongan memerlukan
12. Lakukan kerja rumah bersama ahli keluarga
13. Hias rumah
14. Berkelah atau berkhemah di laman rumah
15. Buat panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara
16. Rancang percutian keluarga di Selangor
17. Mulakan berkebun
18. Cipta satu filem keluarga di rumah.
19. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang ingin dilawati selepas tamat PKP
20. Berkaraoke di rumah


Pengarang :