AGENSISELANGOR

Tourism Selangor tutup sementara dua taman eko rimba

SHAH ALAM, 18 MAC: Tourism Selangor menutup Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat kepada orang ramai bermula hari ini hingga 31 Mac bagi mengawal penularan Covid-19.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara lokasi selaras Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967.

“Tourism Selangor memberi komitmen penuh mengikuti dan mengguna pakai segala polisi, peraturan serta garis panduan ditetapkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya yang memaklumkan kedua-dua lokasi akan beroperasi semula 1 April.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan serta perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Pengarang :