Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tujuh lagi kematian, terbanyak dalam sehari, semuanya kini 34 kes

SHAH ALAM, 29 MAC: Tujuh lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, bilangan terbanyak dalam sehari menjadikan jumlah yang maut meningkat kepada 34 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 152 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah terkumpul 2,470 kes termasuk 73 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 52 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan

Beliau berkata seramai 68 pesakit disahkan sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih meningkat kepada 388 orang.

Ia angka paling tinggi bagi individu berjaya dipulihkan dalam sehari.

Daripada tujuh kematian direkodkan hari ini, empat kes membabitkan individu berusia di antara 64 hingga 91 tahun manakala lima kes membabitkan pesakit menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun.

Satu kematian membabitkan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dan satu lagi mempunyai sejarah perjalanan ke India.


Pengarang :