AGENSISELANGOR

Urus wasiat sebelum ditimpa musibah – Mais

SHAH ALAM, 30 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menasihatkan umat Islam di negeri ini menguruskan wasiat sebelum ditimpa musibah.

“Ini kerana ada di antara segelintir masyarakat suka memberi alasan mereka tiada harta untuk diwasiatkan tetapi ketika sedang diuji dengan serangan virus Covid-19 ini, maka sangat perlu untuk kita merancang dan menguruskan harta.

“Kematian itu adalah pasti tetapi bagaimana dan bila kita mati, hanya Allah sahaja yang tahu,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Mais berkata wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga perlu diuruskan sebagai wasiat kerana penama disenaraikan bukan penerima harta tetapi hanya pentadbir harta.

“Oleh itu, orang ramai boleh mendapat khidmat nasihat wasiat pada portal www.mais.gov.my serta boleh terus mendaftar e-wasiat di laman web berkenaan,” katanya.


Pengarang :