AGENSISELANGOR

Yide sumbang makanan, hargai petugas barisan hadapan

SHAH ALAM, 27 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa lokasi sekatan jalan raya di Petaling semalam.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan bantuan tersebut sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus memastikan kawalan keselamatan terus terjamin dalam mengekang penularan Covid-19.

“Sumbangan disasarkan kepada agensi seperti polis, Anggota Tentera Malaysia bersama agensi penguat kuasa kementerian yang turut serta,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan Yide turut mengedarkan cecair pembasmi kuman tambahan kepada mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) untuk mencegah wabak berkenaan.

“Edaran bertujuan memastikan pelajar dan kakitangan Kuis yang bertugas sentiasa mengekalkan kebersihan serta terhindar daripada bakteria atau kuman,” katanya.


Pengarang :