Wakil Adab Youth Garage (AYG) menyampaikan bantuan makanan kering kepada salah seorang penghuni Pangsapuri Ken Rimba yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan pada 3 April 2020. Foto ihsan Facebook MAIS
AGENSISELANGOR

100 keluarga Pangsapuri Ken Rimba terima bantuan Mais

SHAH ALAM, 4 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang bantuan makanan kering kepada 100 keluarga di Pangsapuri Ken Rimba di sini yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan bantuan seperti beras, tepung dan gula bernilai RM5,000 dibeli menggunakan Tabung Prihatin Covid-19 dan diagihkan semalam.

“Mais mendapat berita penduduk di pangsapuri berkenaan terputus bekalan makanan sejak PKP dilaksanakan.

“Selepas perbincangan dengan Adab Youth Garage (AYG), mereka uruskan penghantaran dan pengagihan bantuan kepada penduduk,” katanya.

AYG merupakan pusat interaktif yang memfokuskan aktiviti pembangunan belia serta masyarakat setempat di Pangsapuri Ken Rimba.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada Tabung Covid-19 Mais boleh melayari pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Sumbangan boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor, (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).


Pengarang :