Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

11 kes baharu Covid-19 di Selangor, terus patuh PKP

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 11 kes jumlah pesakit baharu Covid-19 yang dikesan di Selangor setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitternya memaklumkan terdapat peningkatan kes baharu berbanding semalam.

“Hari ini ada kenaikan kes baharu berbanding semalam. Mesti terus patuh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jangan leka,” tulis STFC hari ini.

Berdasarkan perkongsian STFC, jumlah terkumpul di negeri ini pula adalah sebanyak 1,356 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan terdapat 54 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif sepenuhnya 3,349 kes.

Manakala, terdapat 57 kes baharu dilaporkan sekali gus jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Malaysia adalah 5,482 kes.


Pengarang :