Sebuah premis diarah tutup oleh MPK kerana tidak mempunyai lesen dalam operasi di sekitar Kampung Jawa dan Sungai Kapar Indah, Klang pada 21 April lalu. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

14 premis tiada lesen di Klang diarah tutup

SHAH ALAM, 22 APRIL: Sebanyak 14 premis di Kampung Jawa dan Sungai Kapar Indah, Klang yang beroperasi tanpa lesen diarah tutup semalam oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan susulan diketuai Pengarah Undang-Undang MPK Datin Fadzilah Abdul Aziz di dua lokasi berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sebanyak lapan premis diperiksa di Kampung Jawa dengan empat daripadanya diarahkan tutup kerana tidak mempunyai lesen.

“Dalam pemeriksaan kedua di Sungai Kapar Indah, sebanyak 38 premis perniagaan dan 10 daripadanya diarahkan tutup kerana tidak berlesen,” kata MPK melalui Facebook hari ini.

Dalam operasi itu, MPK turut menasihatkan peniaga supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April ini.

 


Pengarang :