Gambar hiasan perbicaraan di mahkamah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

154 individu ditahan di Hulu Selangor didakwa ingkar PKP

SHAH ALAM, 29 APRIL: Seramai 154 individu yang ditahan dalam serbuan  di Hulu Selangor semalam, didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk menuduh 154 yang ditahan semalam. Semua dituduh pagi ini,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, 238 individu termasuk bayi ditahan dalam serbuan di Ulu Rening, Batang Kali.


Pengarang :