Wakil rakyat Banting menyerahkan bantuan makanan dan barang dapur kepada 27 keluarga di Kampung Melayu Sungai Nangka, Banting pada 24 April 2020.
ADNSELANGOR

27 keluarga Kampung Melayu Sungai Nangka terima sumbangan

SHAH ALAM, 25 APRIL: Sebanyak 27 keluarga di Kampung Melayu Sungai Nangka menerima bantuan makanan dan barang dapur bagi menyambut Ramadan, kata Ahli Dewan Negeri Banting.

Lau Weng San berharap bantuan yang diserahkan bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti kampung (MPKK) Banting, Azhar Borham dan Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat Zon 15, Ang Lee Yong semalam dapat meringankan beban keluarga terbabit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada permulaan PKP, MPKK juga telah memberi sedikit bantuan kepada penduduk dengan menggunakan peruntukan DUN,” kata Weng San kepada SelangorKini.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga menerima sumbangan pelbagai jenis barang daripada para usahawan dan petani setempat sebelum semua barang tersebut diedarkan kepada penduduk kampung.


Pengarang :