Mangsa banjir di Kampung Batu 10, Cheras dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir kilat pada 28 April 2020. Gambar ihsan MPKj
AGENSISELANGOR

30 mangsa banjir kilat di Cheras dipindahkan

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 30 mangsa di Kampung Batu 10, Cheras dipindahkan selepas banjir kilat menyebabkan kediaman mereka dinaiki air sedalam satu meter malam tadi.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Facebook memaklumkan mangsa yang dipindahkan termasuk warga emas, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

“Banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 8 malam semalam menyebabkan lebih kurang 15 unit rumah ditenggelami air sedalam satu meter.

“Kebanyakan mangsa terperangkap dan dikeluarkan menggunakan bot Skuad Pantas MPKj dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mereka ditempatkan sementara di Kompleks Penghulu Batu 10, sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas keadaan beransur pulih pagi tadi,” katanya.


Pengarang :