MPS dan JKM mengedarkan makanan kepada penduduk Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 25 hingga 3 Mei.
AGENDANASIONAL

3,802 penduduk Selayang Baru selesai disaring Covid-19

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 3,802 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Selayang Baru selesai menjalani ujian saringan Covid-19 semalam, kata pegawai daerah gombak.

Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata saringan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak sejak 25 April dan tamat pada jam 4 petang membabitkan kumpulan terakhir seramai 270 orang di Zon E.

“Dari segi pematuhan PKPD, penduduk setempat termasuk warga asing memberikan kerjasama baik,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Ditanya sama ada tempoh PKPD di Selayang Baru akan ditamatkan pada 3 Mei beliau berkata, perkara itu terserah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Terdapat enam zon diisyitiharkan sebagai kawasan PKPD bermula 25 April lalu bagi mengenal pasti kes baharu serta mencegah penularan Covid-19.

Kumulatif saringan mengikut zone sehingga jam 4 petang 29/4/2020:

Zon A = 155 orang
Zon B = 80 orang
Zon C = 804 orang
Zon D = 459 orang
Zon E = 1, 341 orang
Zon F = 963 orang

Jumlah saringan 25-29/4/2020 = 3,802 orang


Pengarang :