Keadaan bangunan Malayan Mansion pada 8 April 2020 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan susulan penghuninya dijangkiti Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

416 kes warga asing dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pasukan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima 416 kes positif Covid-19 dan satu kematian membabitkan warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antaranya melibatkan 51 kes warga Indonesia, India (37), Myanmar (31), Pakistan (29) dan Filipina (27).

Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golongan tersebut tidak terus terdedah dengan wabak itu.

Selain itu, katanya, KKM juga mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan yang sama-sama membantu pejabat kesihatan daerah bagi menyekat penularan Covid-19.

“Di  Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 orang sukarelawan dari pelbagai sektor berganding tenaga dengan KKM membanteras wabak ini,” katanya.


Pengarang :