Polis melakukan sekatan jalan susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

524 individu ditahan ingkar arahan PKP

SHAH ALAM, 4 APRIL: Seramai 524 individu ditahan polis kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata daripada jumlah tersebut 451 direman, manakala 73 lagi dibenar jamin.

“Tangkapan pada 2 April seramai 524, berbanding 1 April iaitu 562 orang. Jadi terdapat penurunan sebanyak 6.8 peratus dari segi tangkapan atau penahanan.

“Saya amat berharap trend penurunan ini berterusan,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon rakyat agar terus mematuhi arahan atau saranan kerajaan bagi sama-sama mengekang wabak Covid-19.


Pengarang :