Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir (dua, kiri) mengagihkan sumbangan penutup hidung dan mulut kepada wakil subkontraktor.
AGENSISELANGOR

70,000 penutup hidung, mulut untuk petugas kutipan sampah

SHAH ALAM, 30 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) menerima 70,000 penutup hidung dan mulut daripada Bilik Gerakan Covid-19 Negeri (SUK Selangor).

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata ia akan diagihkan kepada petugas operasi yang berada di lapangan serta pekerja kutipan dan pembersihan.

“Alat perlindungan berkenaan amat penting bagi kegunaan pekerja kami untuk mengurangkan risiko dari terdedah dengan penyakit khususnya wabak Covid-19.

“KDEBWM mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan semua pihak yang menghulurkan sumbangan alat perlindungan diri kepada pekerja kutipan dan pembersihan yang juga antara petugas barisan hadapan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahfuzah berkata pada masa sama KDEBWM turut mengedarkan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan kepada semua subkontraktor KDEBWM.


Pengarang :