Selangorkini
Petugas kesihatan yang mengenakan pakaian keselamatan menunggu pesakit di sebuah khemah yang dikhaskan untuk ujian Covid-19 di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDA NASIONAL

88 peratus pesakit Covid-19 di Malaysia tiada gejala, tanpa radang paru-paru

SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif Covid-19 di negara ini berada pada tahap satu dan dua, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM melalui Twitter memaklumkan, tahap satu merupakan kategori pesakit yang positif wabak berkenaan tetapi tidak bergejala manakala tahap dua pesakit bergejala tetapi tanpa berlaku radang paru-paru.

Tahap tiga melibatkan pesakit positif dengan radang paru-paru manakala tahap empat adalah pesakit yang positif dengan radang paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tahap kelima merupakan pesakit yang kritikal dengan mempunyai kesan ke atas pelbagai organ.

Bagaimanapun, KKM tidak menyatakan peratusan pesakit bagi setiap tahap.

 


Pengarang :