Azmizam Zaman Huri menyerahkan sumbangan kepada penduduk. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

ADN agih 500 kilogram ikan kepada penduduk Kampung Pendamar

SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang mengagihkan 500 kilogram ikan pelaling kepada golongan memerlukan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasannya.

Azmizam Zaman Huri berkata bantuan yang disumbangkan peniaga Ah Huat Ikan Pasar Pagi itu diedarkan ke setiap rumah di Kampung Pendamar.

“Kami amat menghargai sumbangan ini yang telah mengurangkan sedikit beban masyarakat di Kampung Pendamar,” katanya di Facebook.

Pengagihan dilakukan bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pendamar Mohd Shah Haron serta ahli jawatankuasanya.


Pengarang :