Borhan Aman Shah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Tanjung Sepat cadang PKP dilanjutkan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) patut dilanjutkan susulan penularan Covid-19 masih berada pada tahap bahaya, kata ahli dewan negeri Tanjung Sepat.

Borhan Aman Shah berkata beliau khuatir jika PKP tamat 14 April ini, kemungkinan virus itu merebak semula kerana ia sudah dikesan ada dalam kalangan komuniti.

“PKP patut dilanjutkan kerana jangkitan semakin meningkat dari hari ke hari. Jadi jika ia ditamatkan saya bimbang ramai yang akan keluar ke tempat awam sekali gus virus aktif semula,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, penduduk dinasihatkan terus berada di rumah selain menjaga kebersihan masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak tersebut.

Semalam, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor mengesahkan Sepang memasuki zon merah apabila kawasan itu mencatatkan 49 kes positif Covid-19.

Empat daerah lain yang dikategorikan zon merah ialah Hulu Langat sebanyak 325 kes, Petaling (297), Klang (111) dan Gombak (107).

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah apabila mempunyai lebih 40 kes sementara zon jingga 20 hingga 40 kes. Tiada atau bawah 20 kes dianggap zon hijau.


Pengarang :