Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Abdul Halem Mat Som. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Air Selangor bertindak segera atasi masalah paip pecah

SHAH ALAM, 15 APRIL: Kebanyakan gangguan bekalan air dilaporkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di sekitar Lembah Klang berpunca kerana paip pecah, kata ketua komunikasi korporatnya.

Abdul Halem Mat Som berkata aduan itu diambil segera bagi memastikan pengguna dapat menikmati kemudahan bekalan air seperti biasa terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang memerlukan mereka berada di rumah.

“Bahagian kritikal seperti pengeluaran dan pekerja di tapak bertugas seperti biasa untuk memantau sebarang keadaan, kontraktor kita juga akan terus melaksanakan kerja pembaikan selepas menerima arahan.

“Jadi orang ramai tidak perlu risau kerana sektor kritikal Air Selangor terus beroperasi seperti biasa ketika perintah kawalan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Air Selangor belum mendapat laporan sama ada berlaku peningkatan penggunaan air sejak PKP dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Bacaan meter ketika ini dibuat berdasarkan anggaran penggunaan pada bil sebelumnya, mungkin selepas (PKP) ini baharu boleh dapat bacaan sebenar,” katanya.


Pengarang :