AGENDANASIONAL

Bas Smart Selangor mula bawa rakyat pulang luar negara ke pusat kuarantin

SHAH ALAM, 3 APRIL: Bas Smart Selangor hari ini memulakan misi membawa rakyat Malaysia ke pusat kuarantin dengan membawa mereka yang baharu tiba dari Chennai, India, kata EXCO pengangkutan.

Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri menyediakan antara 30 hingga 50 bas berdasarkan keperluan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya berterima kasih kepada pemandu yang memikul tanggungjawab penting dalam operasi ini. Diharap mereka menjaga keselamatan diri dan kepada orang awam diminta mematuhi arahan PKP, ia sebagai tanda sokongan serta bantuan anda kepada semua pasukan petugas barisan hadapan  memerangi Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri sedia menawarkan perkhidmatan bas itu untuk membawa penumpang yang tiba di lapangan terbang ke pusat kuarantin mengikut tatacara piawai ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan sebelum ini memutuskan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Lapangan Terbang Subang menjalani kuarantin di tempat khas selama 14 hari bagi mengekang penularan wabak sebelum dibenarkan pulang.


Pengarang :