PBTSELANGOR

Bazar Ramadan batal, MPSJ pulangkan deposit peniaga

SHAH ALAM, 6 APRIL: Susulan pembatalan bazar Ramadan tahun ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memulangkan semula bayaran permit yang telah dijelaskan peniaga, kata timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan strategiknya.

Azfarizal Abdul Rashid berkata bagi mendapatkan semula bayaran itu peniaga perlu melengkapkan butiran serta memuat naik dokumen yang diperlukan di https://forms.gle/TPDFa2KrEg1LEabL6.

“Antara dokumen diperlukan adalah penyata bank, kad pengenalan dan salinan akuan pembayaran. Permohonan boleh dibuat mulai hari ini hingga 12 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai Unit Penjaja, Jabatan Pelesenan MPSJ melalui talian WhatsApp bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bagi zon Subang Jaya / Kinrara boleh hubungi Mohd Rahimi Satar di talian 017 9414156; Puchong / Putra Heights Za’im Afif Zainal Abidin (019 2265424) dan Serdang / Seri Kembangan Muhammad Nizar Khalip (019 2263817).

Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini susulan penularan wabak Covid-19.


Pengarang :