Petugas pelbagai agensi melakukan pembersihan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Ramal Dalam, Kajang pada 30 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Beberapa lokasi di Sungai Ramal Dalam dinyahkuman esok

SHAH ALAM, 3 APRIL: Beberapa lokasi di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang akan dinyahkuman esok ekoran kebimbangan orang ramai dengan jangkitan Covid-19, kata Ahli Dewan Negerinya (ADN).

Mazwan Johar berkata antara kawasan terlibat pembersihan itu ialah sebahagian Kampung Sungai Ramal Dalam berdekatan stesen minyak Shell.

“Oleh kerana ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya dan kes Covid-19 di situ membimbangkan, semburan membersihkan kawasan ini akan dilakukan bagi menangani risiko jangkitan,” katanya di Facebook hari ini.

Ahad lalu, beliau dan ADN Balakong, Wong Siew Ki menghadiri taklimat mengenai gerak kerja semburan nyahkuman di Pejabat Kesihatan Hulu Langat.

Sementara itu, pada 25 Mac, Mazwan menyumbangkan sejumlah penutup muka kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Kajang.

Sumbangan itu bagi menghargai komitmen kakitangan kesihatan memandangkan penutup muka sukar didapati.


Pengarang :