AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bekalan air pulih sepenuhnya tengah malam esok

SHAH ALAM, 17 APRIL: Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat pencemaran Sungai Selangor dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengah malam esok, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Syarikat utiliti itu memberitahu, berdasarkan pemantauan sehingga jam 6 petang tadi, 834 kawasan mula menerima bekalan manakala 458 lokasi lain dalam proses pemulihan termasuk khidmat penghantaran lori membawa tangki air.

“Bekalan air di Hulu Selangor sudah pulih 100 peratus, Kuala Selangor (99.3 peratus), Kuala Lumpur (95.8 peratus), Gombak (77.6 peratus), Petaling (46.9 peratus), Klang/Shah Alam (29.2 peratus) dan lima peratus di Kuala Langat.

“Air Selangor menjangka jumlah pemulihan akaun akan mencapai 65 peratus tengah malam ini dan 100 peratus tengah malam esok (19 April),” jelas kenyataan Air Selangor malam ini.

Gangguan bekalan air berlaku apabila Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Selangor berpunca daripada kolam ternakan ikan.

Susulan itu, seorang pekerja kolam ditahan dalam serbuan Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor.

Senarai lengkap kawasan terjejas boleh dirujuk di Facebook, Twitter, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.


Pengarang :