Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Bengkel, kedai alat ganti kenderaan dibenar beroperasi

SHAH ALAM, 5 APRIL: Pusat servis dan kedai alat ganti kenderaan di Selangor dibenarkan beroperasi mulai 9 pagi hingga 4 petang setiap hari bagi tujuan kecemasan sepanjang fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada barisan hadapan yang perlu keluar bekerja setiap hari dan pihak terbabit dalam perkhidmatan penting, lapor Berita Harian.

“Tetapi semua individu dalam apa juga situasi perlu mematuhi jarak sosial satu meter apabila berada di tempat awam seperti itu.

“Bagi yang tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata kebenaran itu juga bagi membantu sektor lain perlu bekerja sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April ini.

Sebelum ini, perkhidmatan membaiki kenderaan dibenarkan beroperasi termasuk penundaan berdasarkan kawalan tambahan fasa pertama PKP Negeri Selangor.


Pengarang :