Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Beri alasan karut, 267 individu ditahan di Klang Selatan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Polis Klang Selatan menahan 267 individu atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dilaksanakan.

Ketua Polis Daerahnya Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kebanyakan individu yang ditahan berusia 17 tahun ke atas termasuk 54 warga asing, lapor BH Online.

“Mereka yang ditahan memberi alasan tidak munasabah seperti membeli rokok, melepak sambil minum minuman keras, berjudi dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, sebanyak 427 individu ingkar PKP ditahan di daerah tersebut sejak 18 Mac lalu, dengan 38 tangkapan pada fasa pertama PKP manakala 122 pada fasa kedua.

Shamsul Amar berkata mereka yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Pengarang :