Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab pertanyaan media selepas selesai Majlis Pelepasan Program Khidmat Bantuan Belia Siswa Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 8 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Cabaran Covid-19 masa sesuaikan diri ke arah bandar pintar – MB

SHAH ALAM, 9 APRIL: Cabaran Covid-19 yang sedang melanda secara tidak langsung menguji keupayaan penduduk Selangor menyesuaikan diri ke arah menuju bandar pintar, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sekarang ini bergantung kepada setiap individu sama ada mereka sudah bersedia atau boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini.

“Kita sudah ada elemen dan potensi yang bagus seperti wujudnya e-bazar Ramadan selepas Kerajaan Negeri membatalkan bazar Ramadan bagi mengelak orang ramai berkumpul.

“Normal baharu ini mempunyai potensi yang amat positif kerana membuka satu lagi peluang kerja meluas yang sebelum ini mungkin kita anggap sebagai picisan,” katanya ketika diwawancara dalam Malaysia Hari ini di TV3.

Malah, Amirudin berkata mesyuarat pentadbiran pimpinan Kerajaan Negeri juga telah menggunakan teknologi pintar seperti Google Meet, Skype dan Zoom yang membuktikan jarak bukan lagi halangan untuk menyelesaikan urusan harian.

“Justeru, saya anggap masa ini adalah peluang dan sinar untuk kita menuju bandar pintar cuma bagaimana kita masuk ke arahnya adalah sesuatu yang agak mencabar kerana ia sebahagian dari masa depan,” jelasnya.


Pengarang :