AGENDAEKONOMI

Cawangan TMPoint di zon hijau kembali operasi 4 Mei

SHAH ALAM, 30 APRIL: Telekom Malaysia Berhad (TM) membuka semula operasi cawangan TMpoint terpilih terutamanya di kawasan zon hijau seperti diisytiharkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata ketua pegawai eksekutif kumpulan.

Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata cawangan berkenaan dibuka semula dan menerima pelanggan di kaunter bermula 4 Mei ini dengan waktu operasi selama tiga hari seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, dari 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

“Waktu operasi mungkin berbeza beberapa cawangan, bagi mematuhi peraturan dikeluarkan Kerajaan Negeri. Maksimum seramai tiga anggota sahaja bertugas dan maksimum lima pengunjung pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara transaksi penting boleh dilakukan adalah langganan perkhidmatan, pengambilan dan penukaran kad SIM untuk unifi Mobile, pengambilan peranti unifi Air serta bantuan secara bersemuka untuk produk dan perkhidmatan TM.

Untuk pembayaran bil, pelanggan masih boleh menjelaskannya di kiosk pembayaran TM yang berada di cawangan terpilih.


Pengarang :