EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Cemar bau di Sungai Selangor, Op Sumber Air kesan elak gangguan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Pencemaran bau di Sungai Selangor yang menyebabkan Loji Pembersihan Air (LPA) Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi dapat dikesan segera hasil pelaksanaan Op Sumber Air, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata menerusi operasi itu rondaan dilakukan selama 24 jam di sumber air untuk mengesan pencemaran yang mungkin menyebabkan gangguan bekalan air.

“Hasilnya pencemaran bau di sungai itu dapat dikesan segera, tindakan pantas diambil dan tiada gangguan bekalan air sepanjang empat jam loji dihenti tugas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata siasatan mengenal pasti punca pencemaran yang menyebabkan LPA Rantau Panjang dihenti tugas bermula jam 12.15 tengah malam hingga 4 pagi
itu masih dijalankan pihak berkuasa.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab melakukannya,” katanya.


Pengarang :