Premis menternak ikan keli yang menjadi punca pencemaran di Sungai Selangor menyebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 17 April lalu disita dan dirobohkan dalam satu operasi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Foto Facebook SPAN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Cemar Sungai Selangor, premis ternak keli diroboh

SHAH ALAM, 22 APRIL: Premis menternak ikan keli yang dikesan punca Sungai Selangor tercemar minggu lalu hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang, disita dan dirobohkan, Isnin lalu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan tindakan diambil Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dalam satu operasi yang turut disertai pegawai bahagian penguatkuasaannya.

“Tindakan perobohan dan penyitaan adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mencemarkan sumber air di negara ini,” katanya melalui hantaran Facebook.

Loji Rawatan Air Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air selama dua hari di sekitar Lembah Klang yang pulih sepenuhnya 19 April lalu.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemilik kolam berkenaan bakal dikenakan tindakan tegas berikutan masih beroperasi walaupun diarahkan tutup pada Februari lalu.

Arahan itu dikeluarkan kerana ia turut menjadi pencemaran Sungai Selangor pada 13 Februari lalu, namun dapat dikesan awal.


Pengarang :