Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 108 pesakit sembuh, tertinggi dalam sehari

SHAH ALAM, 1 APRIL: Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh meningkat kepada 108 orang, angka tertinggi direkodkan dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 645 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 142 kes baharu turut dicatatkan hari ini, dengan keseluruhan kes sebanyak 2,908.

“Kita mengambil tempoh antara satu hingga dua minggu untuk melihat perkembangan pesakit sebelum membenarkan mereka discaj.

“Ada kalanya mereka tidak mempunyai gejala tetapi keputusan ujian masih positif, mereka perlu diuji negatif dua kali dan dalam 24 jam baru boleh discaj,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dua lagi kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 45 orang.

Katanya, sebanyak 102 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dan 66 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.


Pengarang :