Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 121 pesakit pulih, 88 kes baharu

SHAH ALAM: Seramai 121 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad berbanding 88 kes baharu hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes telah pulih adalah 3,663 kes (64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 5,691 kes).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,932 kes. Mereka telah
diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 41 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang
media di Putrajaya.

Katanya terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan kumulatif
sebanyak 96 kes iaitu 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-96 (kes ke-2978) merupakan lelaki berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang,” katanya.
Malaysia merekodkan jumlah kes positif harian kurang daripada 100 kes sejak 17 April lepas iaitu sebanyak 69 kes, dan kes pada paras dua angka itu kekal sehingga kini dengan 54 kes (18 April), 84 kes (19 April), 36 kes (20 April), 57 kes (21 April), 50 kes (22 April) dan 71 kes (23 April).

 

 


Pengarang :