Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMA

Covid-19: 122 pesakit lagi sembuh, 208 kes baharu, lima maut

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kes sembuh Covid-19 semakin meningkat dengan tambahan 122 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital sebanyak 767, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 12 tengah hari ini, keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 3,116 apabila terdapat 208 kes baharu dikesan hari ini.

“105 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan manakala lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 50 kematian,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, empat kematian baharu terdiri daripada warga emas berusia 61 hingga 85 tahun dan mempunyai sejarah sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.


Pengarang :