Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 165 pesakit pulih, 184 kes baharu

SHAH ALAM, 11 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 165 pesakit pulih dan tiga lagi kematian akibat Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 184 kes positif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 4,530.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,995 iaitu 44.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes positif sehingga hari ini pula adalah 4,530 kes dengan 72 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kematian adalah 73 kes.

Berikut senarai kes kematian hari ini:

– Kes kematian ke-71 (kes ke-3091) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

– Kes kematian ke-72 (kes ke-537) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

– Kes kematian ke-73 (kes ke-2399) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.


Pengarang :