Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMA

Covid-19: 166 pesakit sembuh, discaj melebihi kes baharu

SHAH ALAM, 8 APRIL: Seramai 166 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan keseluruhan 1,487 pesakit sembuh iaitu 36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 156 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah 4,119 kes.

“Ini bermakna, bilangan kes discaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata seramai 76 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah tersebut 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya dua lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 65 orang.


Pengarang :