Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan pada 14 April 2020. Foto Sumber: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 169 pesakit pulih, kadar sembuh 52.2 peratus

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 169 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,647 pesakit atau kadar kesembuhan 52.2 peratus, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 85 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia 5,072.

“Bilangan kes yang sembuh hari ini hampir dua kali ganda kes baru Covid-19,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata satu lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan adalah 83 kematian.

“Seramai 56 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 


Pengarang :