Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMA

Covid-19: 170 kes baharu, kesemuanya 3,963

SHAH ALAM, 7 APRIL: Seramai 80 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,321 kes atau 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan, kata ketua pengarah kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 170 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 3,963 kes.

“Sehingga kini, seramai 92 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau memaklumkan terdapat satu lagi kematian melibatkan Covid-19 hari ini menjadikan kes kematian keseluruhan berjumlah 63 orang.

“Individu tersebut berasal dari Perlis, yang pernah menghadiri acara agama di Sulawesi dan menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Johor,” katanya.

 

 


Pengarang :