Darah palsu dilihat dalam tiub ujian dengan label Covid-19 dalam ilustrasi yang diambil pada 17 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 179 kes baharu, empat meninggal dunia

SHAH ALAM, 5 APRIL: Empat lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sebanyak 61 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 179 kes baharu turut dilaporkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 3,662.

“Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan perhimpunan Sri Petaling,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata sebanyak 90 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya 1,005 orang.

Dr Noor Hisham berkata seramai 99 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 48 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut adalah empat kes kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini:

1. Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-1031) dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari

2. Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 3.40 petang

3. Kes kematian ke-60 (kes ke-3073) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39 pagi

4. Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4April 2020 jam 9.36 malam


Pengarang :