Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 200 sampel diambil di Seksyen 6, semua negatif

SHAH ALAM, 17 APRIL: Sebanyak 200 sampel Covid-19 berjaya diambil dan semuanya negatif menerusi Saringan Komuniti di Seksyen 6 pada 14 April lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan di Twitter semalam.

“Semua negatif. Keseluruhan 200 sampel dapat diambil dari ujian komuniti di Seksyen 6 Shah Alam,” katanya.

Amirudin sebelum ini menafikan mesej tular dalam media sosial kononnya kawasan seksyen itu dikenakan perintah berkurung.

Sebaliknya, Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melakukan saringan dari rumah ke rumah terhadap golongan berisiko termasuk warga emas bermula 12 April lalu.

Saingan percuma itu tertumpu di kawasan zon merah yang merekodkan jumlah kes positif wabak yang tinggi dan Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia menggerakkan usaha itu.


Pengarang :