Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMA

Covid-19: 41 kes baharu babitkan pelajar madrasah di Selangor

SHAH ALAM, 3 APRIL: Sebanyak 41 kes daripada 217 kes positif Covid-19 baharu direkodkan hari ini adalah membabitkan pelajar madrasah di Selangor, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit terbabit kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah satu hospital Covid-19 bersama tiga lagi pesakit dari kluster lain.

Katanya sebanyak 58 kes baharu adalah berkaitan perhimpunan (tabligh) di Seri Petaling yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,333 kes.

“Sebanyak 60 kes pesakit pulih direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan individu sembuh meningkat kepada 827 kes.

“108 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiga kes kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah maut kepada 53.

“Dua daripada tiga kes kematian membabitkan pesakit menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis dengan kesemuanya berusia 50 tahun ke atas,” katanya.


Pengarang :