Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 44.36 peratus kes babit kluster himpunan tabligh

SHAH ALAM, 4 APRIL: Sebanyak 1,545 daripada 3,483 kes positif Covid-19 di negara ini membabitkan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster terbesar itu mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan membabitkan ahli keluarga, kontak rapat di masjid dan madrasah tahfiz.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenal pasti dan menguji semua kontak rapat dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi ini.

“Orang awam juga diseru menghubungi pejabat kesihatan daerah terdekat untuk disaring sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut,” katanya
dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

KKM hari ini melaporkan empat lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sebanyak 57 orang.

Sebanyak 150 kes baharu turut dilaporkan, keseluruhan jangkitan sebanyak 3,483 kes dengan 88 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital.


Pengarang :